
Rahsia bukan rahsia lagi apabila setiap kedai nasi kandar dalam daerah di Negeri Kedah sudah kedengaran suara-suara bahawa sedang ada satu gerakan mengumpul tandatangan tanda protes di kalangan usahawan kontraktor kelas marhaen G1 dan G2 terhadap seorang ahli exco Kerajaan Negeri Kedah.

Pemerhati difahamkan kontraktor-kontraktor kecil dari setiap daerah seluruh negeri Kedah akan berarak berjumpa MB Kedah membawa surat petisyen sebagai tanda protes terhadap tindakan tamak exco tersebut dalam sedikit masa ini. Tindakan ini bakal membawa mesej bahawa ada exco yang sedang membolot dengan tamaknya semua projek-projek kecil di Kedah demi kantung sendiri.

Syarikat besar bakal mendapat keuntungan besar bukan atas kepakaran atau kekuatan/kewibawaannya membida atau menghasilkan projek-projek, sebaliknya menyapu projek kecil kerajaan di atas air mata kontraktor-kontraktor kecil.
Mereka mempunyai alasan yang kukuh untuk bangun protes atas alasan periuk nasi mereka dan keluarga mereka telah disamun secara terang-terangan oleh kroni exco ini.

Walaupun kumpulan kontraktor G1 dan G2 ini memang hebat-hebat yang kebanyakkannya bumiputera, tetapi menutup lubang pekerjaan mereka dengan membolot semua projek kepada diri syarikat sendiri adalah amat tidak beretika. Kuasa yang diberi rakyat bukan untuk mencari kekayaan sendiri.
Jika desas desus ini benar, gherek rasa pemimpin sebegini patut disingkirkan. No mercy!
1 comments: on "Apabila Pembesar Kejar Kekayaan"
Dengar kata, MB memang maklum macam macam karenah exconya dah sudah beberapa kali kantoi, tapi MB diam dan tak mahu bertindak.
depa kata MB yang restu perbuatan tu, sebab dia tahu tapi tak ambil tindakan.
Usaha memungut tandangan itu hanya akan jadi sia sia sebab MB rasa dah cukup suci bila jalan buka posa dengan tok tok imam masjid. Soal2 pentadbiran, rakyat tak perlu campur sebab MB lebih bijak dari mana2 orang Kedah
Post a Comment