Thursday 24 July 2014

Tasik Beris vs Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim

Kayuh, kayuh, kayuh beberapa malam terakhir Ramadhan. Tingkatkan iman kita semua dengan memperbanyakkkan amalan. Semoga Allah menerima semua ibadah kita terutama dimalam-malam terakhir ramadhan ini.

Seterusnya, jadikan bulan-bulan seterusnya macam bulan Ramadhan. Amalan kebaikan kita meningkat dari masa ke semasa. Semoga kita mendapati RahmatNya.

Jika pemimpin, jadi pemimpin yang ikhlas memimpin. Jika pengikut jadilah pengikut yang jujur dan ikhlas membantu pemimpin dalam melaksanakan agenda yang dirancang.

Gherek tetap kayuh juga. Kayuhan Gherek kali ini adalah berkaitan dengan Empangan  Beris yang sudah hampir 10 tahun dibina. 

Dan penduduk yang terlibat dengan pembinaan Empangan Beris sekarang ini kebanyakkan menetap di Bandar Beris Jaya. Tasik Beris terbentuk hasil dari pembinaan Emapangan Beris. Dan ini adalah Empangan ketiga (tidak termasuk Empangan Ahning yang airnya untuk kegunaan rakyat Kedah) yang dibina untuk menakung air.

Empangan Muda dan Pedu dibina bertujuan untuk menakung air untuk pertanian di kawasan MADA. Air disalirkan ke kawasan-kawasan penanaman padi.

Tetapi Empangan Beris dibina untuk apa? Apakah tujuan Empangan Berisi dibina adalah sama dengan tujuan untuk membina Airport ketiga di Kulim Kedah? Iaitu untuk menyaingi Pulau Pinang?

Ini soalan Gherek kerana sehingga hari ini tidak nampak apa fungsi empangan ini selain sebagai pusat pelancongan daerah Sik yang selalu diwar-warkan oleh Exco Penenerangan, Pembasmian Kemiskinan dan Luarbandar. Apakah dengan hanya ada penanaman anggur, Tasik Beris bakal dijadikan pusat pelancongan hebat Sik?

Gherek diberitahu oleh orang lama sekitar kawasan tersebut bahawa Empangan Beris diwujudkan untuk tujuan penakungan bekalan air untuk kegunaan rakyat Kedah. Bukan untuk tujuan pelancongan. Sebab itu kita lihat tiada apa bentuk saliran dibina untuk tujuan dialirkan kepada kawasan pertanian. 

Tujuan utama ialah untuk menakung air untuk diproses dan dihantar ke rumah-rumah. Tapi nampaknya rakyat Kedah bakal minum air buangan dari chalet-chalet dan racun-racun yang mengalir turun ke kawasan penakungan. Malah air bakal tercemar akibat kerja-kerja buruk manusia yang menyangkakan Tasik Beris bakal menjadi pusat pelancongan indah.

Maka berceritalah EXCO penerangan bahawa Sik adalah kawasan penanaman angggur. Datanglah ke Sik kerana Sik pusat pelancongan di Kedah.

Perggh, gherek geleng kepala. Jika Tasik Beris inipun kita masih belum guna sepenuhnya, apakan pula dengan Lapangan Terbang ketiga di Kulim.

Lapangan Terbang katanya perlu dibina untuk menyaingi atau menambahbaik apa yang ada di Pulau Pinang, maka apakah empangan beris juga dibina dengan tujuan yang sama? Atau hanya untuk tanaman anggur dan pembinaan chalet-chalet yang tidak tersusun sebagai pusat pelancongan?

Bayangkan dah ratusan juta dibelanjakan untuk empangan Beris tetapi sehingga hari ini hanya digunakan sebagai kawasan penanaman anggur dan pembinaan chalet tidak tersusun, sebaliknya air dilepas pada waktu air tinggi untuk mengalir ke laut. What a waste!
Apakah lapangan terbang ketiga bakal menerima nasib yang sama? Kita tidak tahu kerana kajian fesibiliti tidak pernah dibuat, malah ianya hanya diperkatakan saja tentang keperluannya.

Mungkin Empangan Beris telah dibuat kajian terperinci tetapi kenapa perlaksanaan agenda sebenar tidak dilaksanakan? Sebaliknya lapangan baru yang bernilai RM1.6 bilion pula hendak dibina?

Kenapa duit tersebut tidak digunakan untuk melaksanakan agenda sebenar Tasik Beris?
Gherek rasa mungkin bijakpandai negeri samada malas atau tidak faham agenda sebenar Tasik Beris. Sama seperti mereka tiada agenda untuk pembinaan Lapangan ke tiga di Kedah melainkan untuk katanya Lapangan Terbang Bayan Baru Pulau Pinang sudah tidak mampu menampung pertambahan kargo dan penumpang. Tapi adakah kajian secara terperinci telah dibuat?

Yang ada pun masih tidak dapat berbuat apa-apa, yang baru pulak diminta, malah minta macam anak kecil minta duit seringgit dari bapa. Katanya nak beli pensil kerana perlu sangat pensil untuk buat kerja sekolah, walhal bermacam jenis pensil ada dalam beg tetapi tak pernah pun anak menulis atau melukis menggunakannya. 

Nampaknya nombor 3 bakal menjadi nombor hantu kepada mereka kerana mereka hanya tahu berkehendakkan sesuatu tetapi tidak tahu kenapa ianya perlu ada dan agenda keperluannya.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Tasik Beris vs Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim"

Post a Comment