Monday, 24 November 2014

Lapangan Terbang Tiada dalam Akujanji BN Kedah

Gherek ingin mengucapkan terimakasih kepada KedahLanie kerana meletakkan link blog ini di Blog mereka. Jadi, walaupun Gherek tidak mengemaskini blog ini tapi sentiasa ada pelawat menjenguk blog ini. Terima kasih.

Gherek telah beberapa kali membaca dan cuba memahami akujanji BN pada PRU13 yang lalu. Gherek mencari dimana letaknya akujanji BN akan mengatakan untuk menyediakan sebuah Lapangan Terbang Antarabangsa baru. Dari awal sehingga akhir, gherek tak jumpa. Tapi yang ini Gherek jumpa.


Yang menjadi perhatian Gherek ialah tentang mereka-mereka yang begitu beriya-iya mempromosi lapangan terbang yang baru ini, iaitu exco yang menjaga ICT dan Industri Berat/Biotek. Tiada kaitan dengan penyediaan prasarana seperti jalan atau lapangan terbang. Malah yang menjadi partner kepada exco ini ialah Presiden KTPC yang sepatutnya tugas beliau ialah mempromosi KHTP kepada pelabur luar.
Syok dan menariknya kedua-dua pesonaliti ini begitu ghairah melobi lapangan terbang baru. 

Sebab-sebab diberi ialah DUN yang diwakili bakal jadi kawasan Lapangan Terbang tersebut. KHTP akan lebih dikenali jika ada lapangan terbang antarabangsa.

Gherek nak cakap senang ja. Tidak ada lapangan terbang pun, Intel, First Solar, Fuji, Infineon dan lain-lain datang juga. Ini bergantung kepada kebijaksanaan Presiden KTPC dan exco berkaitan memporomosi Taman Teknologi tersebut. Setakat ini gherek tak nampak satu syarikat besar yang sudah dibawa mereka kecuali Abbot yang baru ini mengadakan upacara pecah tanah. Tapi gherek diberitahu yang Abbot ini sudah lama sebelum BN memerintah sudah membuat penilaian dan berminat. Jadi, presiden baru hanya pakai songkok hitam saja dan buat majlis perasmian.

Jadi jika tiada dalam manifesto, kenapa beriya-iya nak adakan sedangkan kos yang bakal terlibat sangat tinggi. Malah budget tersebut boleh menyelesaikan beberapa janji dalam manifesto. 

Nampaknya rakyat sedang diperbodohkan oleh mereka. Janji lain, nak buat lain. Malah jika dilaksanakan apa yang mereka tersangat nak buat ini, janji-janji lain sudah tentu tidak boleh mereka penuhi.

Lain kali tak payah berjanji kalau lain pula yang nak dibuat.
read more...

Friday, 21 November 2014

Jawapan BODOH Exco JKR

Ini mesej yang gherek terima melalui email. Jika benar, gherek pun nak gelak kuat. Begini ka taraf exco jawab soalan.

Yang syoknya soalan dari ADUN UMNO sendiri. Hangpa memang depa lihat macam macai ja la ADUN UMNO oi.

" ada perkara baru yang dibangkit dalam dewan berkenaan pembinaan Pelabuhan di Pulau Bunting. Exco JKR, Tajul bagi maklum kat Dewan, Pelabuhan tak akan dibina di Pulau Bunting sebab mahu menumpu pembinaan Lapangan Terbang Kulim. Adun Pantai Merdeka tanya Tajul jambatan ke pulau sudah siap dan kerajaan pusat telah lulus highway baru dari Gurun ke Pulau Bunting bernilai ratusan juta ringgit . Untuk apa buat highway kalau Pelabuhan tak akan dibina,
Exco hebat ni ...


Tajul dengan nada marah menjawab ini peruntukan Pusat kita buat sajalah, tak ka bodoh jawapan tersebut. Sebenarnya Tajul ada interest dalam pembinaan highway tersebut dan ianya bakal jadi gajah putih lagi.

Surat khabar cina dah boh Tajul.

Airport belum tentu lagi, Ni infra dah ada, highway pun dah lulus, minta peruntukan untuk buat pelabuhan. Lebuh raya persisir pantai patut disegerakan hingga ke Penang"


Inilah mesej yang dihantar. Jika ini punya jawapan EXCO, haha gherek tak tau nak kata apa dah. Yang dah ada nak dibiarkan jadi gajah putih, yang dah dilulus budget nak ditangguhkan dulu.

Mana satu prioriti hangpa ni? 

Lemah lemah. Tapi terima kasih juga kepada ADUN Pantai Merdeka yang bertanya. Sekurang-kurangnya rakyat Kedah tau tahap EXCO JKR ni. 

Hangpa pakat pikiaq la woi!


read more...

Blogger UMNO

Tersenyum lebar Gherek bila ada orang email komen blogger/facebooker hebat UMNO tentang katanya blog hantu yang dibuat oleh orang UMNO untuk hentam UMNO.  

Seperti biasa mereka mula menyerang sesama sendiri kerana nak hidup. Mereka tak jawabpun isu yang dibangkitkan tetapi blogger UMNO ni yang syoknya terus serang sesama mereka sendiri.

Kesimpulan gherek amat senang, inilah kalau duit menjadi keutamaan.

Kisah PENUTUPAN atau PENAMATAN OPERASI pasar malam Pantai Johor menarik perhatian. Gherek cadangkan blogger hebat UMNO yang suka menyerang sesama sendiri jawab apa yang nak dibentangkan disini.

PETUTUPAN bukan bermakna pindah ke tempant baru. PENAMATAN juga bermakna tiada perpindahan ke lokasi baru. Seluruh operasi peniaga-peniaga kecil Melayu di sekitar kawasan ini akan ditutup atau tidak dibenarkan berjalan seperti normalnya. Peniaga-peniaga Melayu (majoritinya) menjual barangan mereka disini. Dah berpuluh tahun mereka berniaga disini.

Kenapa nak ditutup? Apakah alasan kesesakan jalan menjadi penyebab utama penutupan? Ini alasan orang bodoh saja. 

Jika berlaku kesesakan jalan pun, tentu ada jalan penyelesaian lain seperti Traffic rerouting atau boleh letak traffic controller disitu dengan sedikit kos tambahan. Atau ada kawalan parking disektar pasar malam.

Semua pasar malam berlaku kesesakan. Lihat Simpang Kuala Kedah. Dah jadi macam kampung Cina, tapi kenapa tiada penutupan berlaku?

Gherek pesan kepada blogger hebat UMNO supaya jawab jer isu yang dibangkitkan. Disebabkan tak tahu nak jawab apa, hangpa tembak menembak kengkawan sendiri. Hahah, mentang-mentang kami blogger pro pembangkang dok diam.

Memang tak senonoh la hangpa! Selamat berantakan sesama sendiri. Yang menang dapat habuan banyak kot?

read more...

Bila Gherek bersuara, ada blogger UMNO melatah

Gherek baru perasan yang bila saja gherek tulis sesuatu dalam blog ini, ada blogger UMNO melatah meroyan tak tentu hala. Hahahah buat malu UMNO la ooi.

Gherek merayau dalam FB. Hahah memang betul la depa meroyan. Habis blogger yang ada di Kedah dituduh depa tuduh.

Pasaipa hangpa risau sangat tentang blog picisan ni? Tiada pelawat pun. Tulih pun macam budak bodo, tapi hangpa risau.

Kalau hangpa hebat sangat, jawab apa yang ditulis. Jangan dok meroyan cari sapa penulis. Tu semua trick lama, trick orang malas bepikiaq!

Kedahlanie letak link blog ni dalam blognya. Terima kasih kerana sudi promosi blog picisan yang ditakuti blogger UMNO. Kalau depa tak mau menjawag, kita biar orang lain baca dan nilai.

Gherek senang ja. Jawab saja apa yang gherek tulih Baru syok kita berbahas. Biaq pembaca menilai.

Bis sp├Ąter 
read more...

Tuesday, 9 September 2014

Salam

Kepada semua pelawat, buat masa ini kerana terlalu sibuk, gherek tak dapat nak update blog ini lebih kerap. Maklumlah kena cari makan juga untuk sara hidup. Kalau harap berblog, kelaparanlah gherek.

Gherek tidak guna minyak, tetapi perut tuanpunya kena isi juga. Harap Maaf. InsyaAllah, blog in akan diupdate kelak apabila sampai masanya.

Thanks
read more...

Monday, 28 July 2014

Lapangan Terbang: Perlis vs Kedah

Gherek hanya berada di rumah beberapa hari ini kerana memikirkan aidil fitr semakin hampir. Tetapi masih peka dengan apa yang berlaku terutama berkaitan dengan lapangan terbang.

Sedang Kedah melobi untuk membina lapangan terbang di Kulim, Raja Perlis juga mahu pertimbangan Kerajaan Persekutuan untuk sebuah Lapangan Terbang di Perlis.

Lembah Chuping menjadi tempat tawaran untuk lapangan Terbang tersebut. Perlis tiada lapangan terbang, padahan Kedah sudah ada dua lapangan terbang, satu lapangan terbang domestik dan satu lagi boleh dikategorikan sebagai lapangan terbangan antarabangsa juga.

Apakah Kerajaan Persekutuan akan memilih Kedah yang sudah mempunyai 2 lapangan terbang atau Perlis yang masih tiada?

Gherek nak tunggu dan lihat siapa yang dapat. Tapi yang pastinya jika Kedah dipilih, maka satu pembaziran bakal berlaku. Padahal duit tersebut boleh digunakan untuk majukan kawasan mundur. Itupun kalau kerajaan Kedah benar-benar ikhlas ingin mentransformkan Kedah.

PADANG BESAR: Kerajaan pusat diminta mempertimbangkan pembinaan sebuah lapangan terbang di Perlis kerana ia bakal menjadi daya penarik dan memberi impak positif untuk menarik pelaburan asing.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah Lembah Chuping di sini adalah lokasi yang sesuai kerana bersempadan dengan Thailand.

"Kita meminta lapangan terbang ini bukan kerana Perlis belum memilikinya tetapi kerana faktor geografi dan ekonomi," titah baginda pada majlis penyerahan kuih raya kepada anggota agensi pasukan keselamatan yang bertugas di sempadan Malaysia/Thailand di sini pada Aidilfitri ini.

Berangkat pada majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dan isteri Datin Seri Nor Aswana Omar dan anggota Exco kerajaan negeri.

Menurut baginda, projek lapangan terbang itu boleh dilaksanakan berkonsep "Sharing Airport" bersama-sama Thailand baik dari segi penggunaan tanah, kos pembinaan, pendapatan, penggunaan terminal dan landasan.

Baginda menambah konsep ini dipraktikkan oleh Switzerland dan Perancis sejak berdekad lamanya iaitu di Cointrin, Geneva (GVA) dan antara Switzerland, Perancis dan Jerman di Euro Airport Basel (BSL) Mulhouse Freiburg walaupun tapaknya berada di kawasan Saint-Louis Perancis.

"Jika kerajaan pusat boleh menimbang membina sebuah lapangan terbang baharu di Kulim (Kedah) atau menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Pulau Pinang, tiada salah untuk membina satu di Perlis," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah pembinaan lapangan terbang di Padang Besar bakal memberi kesan terhadap pembangunan Kuala Perlis, Bukit Kayu Hitam di Kedah dan selatan Thailand.

Baginda menambah landasan kereta api elektrik dari Padang Besar ke Johor Baharu yang dijangka beroperasi tidak lama lagi di samping Pelabuhan Darat tercanggih dirancang dibina di Padang Besar oleh kerajaan negeri akan menggalakkan aktiviti import dan eksport di kawasan terbabit.

Azlan semasa ditemui pemberita berkata kerajaan negeri turut menyenaraikan cadangan pembinaan "Lapangan Terbang Kecil" atau "Air Strip" di Padang Besar sebagai antara projek dikemukakan kepada kerajaan pusat untuk dipertimbang dan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11.

"Kita mempunyai kawasan yang sesuai di Lembah Chuping untuk dijadikan Air Strip namun jika kerajaan pusat merasakan lapangan terbang lebih sesuai kita menerimanya dengan hati terbuka," katanya
read more...

Sunday, 27 July 2014

MB Memacu Transformasi.

Gherek terduduk bila membaca artikel ini. Ini bukan Gherek kata tetapi blogger pro UMNO yang kata. Blogger MummyRokiah yang kata.

Akhir-akhir ini terdapat beberapa komen pemerhati menyatakan Mukhriz masih ‘lost’ dan tidak terbukti kewibawaan mengemudi UMNO Kedah yang masih simpang kelewang. Ini bakal menghanyutkan bahtera politik Mukhriz dilambung gelombang jauh berbanding dengan KJ yang sentiasa kelihatan konsisten, bijak dan terancang.

Difahamkan ramai soldadu-soldadu tegar yang menaikkan beliau semasa meragas tangga politik di Kedah dahulu kini telah lari, kecewa dan membawa haluan masing-masing. Mereka meluat kerana orang-orang baru sekeliling Mukhriz telah membina tembok besar sehingga mereka terpaksa melalui saringan yang ketat, padad dan sendad. Mereka ini sebenarnya tidak faham adalah kebiasaan di dalam UMNO, "habis manis sepah dibuang". "Biasa la Bro..." kata seorang rakan.

Gherek rasakan Mukhriz bukan saja 'lost' dalam mengemudi partinya, tapi dia juga 'lost' dalam mengemudi Negeri Kedah. 

Slogan transformasi beliau tidak menampakkan Kedah di transformkan sebaliknya beliau yang ditransformkan menjadi seorang yang sedang lena dilambung pujian dan pujaan dengan program-program berbuka puasa, sumbangan beras kain pelikat dsb dan juga jamuan bersama orangramai. 

Memang benar berlaku transfomasi, tetapi pemimpin nombor satu kedah telah ditransfomkan. Jika inilah yang dimaksudkan dengan transformasi, maka orang Kedah sudah tertipu.
read more...

Thursday, 24 July 2014

Tasik Beris vs Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim

Kayuh, kayuh, kayuh beberapa malam terakhir Ramadhan. Tingkatkan iman kita semua dengan memperbanyakkkan amalan. Semoga Allah menerima semua ibadah kita terutama dimalam-malam terakhir ramadhan ini.

Seterusnya, jadikan bulan-bulan seterusnya macam bulan Ramadhan. Amalan kebaikan kita meningkat dari masa ke semasa. Semoga kita mendapati RahmatNya.

Jika pemimpin, jadi pemimpin yang ikhlas memimpin. Jika pengikut jadilah pengikut yang jujur dan ikhlas membantu pemimpin dalam melaksanakan agenda yang dirancang.

Gherek tetap kayuh juga. Kayuhan Gherek kali ini adalah berkaitan dengan Empangan  Beris yang sudah hampir 10 tahun dibina. 

Dan penduduk yang terlibat dengan pembinaan Empangan Beris sekarang ini kebanyakkan menetap di Bandar Beris Jaya. Tasik Beris terbentuk hasil dari pembinaan Emapangan Beris. Dan ini adalah Empangan ketiga (tidak termasuk Empangan Ahning yang airnya untuk kegunaan rakyat Kedah) yang dibina untuk menakung air.

Empangan Muda dan Pedu dibina bertujuan untuk menakung air untuk pertanian di kawasan MADA. Air disalirkan ke kawasan-kawasan penanaman padi.

Tetapi Empangan Beris dibina untuk apa? Apakah tujuan Empangan Berisi dibina adalah sama dengan tujuan untuk membina Airport ketiga di Kulim Kedah? Iaitu untuk menyaingi Pulau Pinang?

Ini soalan Gherek kerana sehingga hari ini tidak nampak apa fungsi empangan ini selain sebagai pusat pelancongan daerah Sik yang selalu diwar-warkan oleh Exco Penenerangan, Pembasmian Kemiskinan dan Luarbandar. Apakah dengan hanya ada penanaman anggur, Tasik Beris bakal dijadikan pusat pelancongan hebat Sik?

Gherek diberitahu oleh orang lama sekitar kawasan tersebut bahawa Empangan Beris diwujudkan untuk tujuan penakungan bekalan air untuk kegunaan rakyat Kedah. Bukan untuk tujuan pelancongan. Sebab itu kita lihat tiada apa bentuk saliran dibina untuk tujuan dialirkan kepada kawasan pertanian. 

Tujuan utama ialah untuk menakung air untuk diproses dan dihantar ke rumah-rumah. Tapi nampaknya rakyat Kedah bakal minum air buangan dari chalet-chalet dan racun-racun yang mengalir turun ke kawasan penakungan. Malah air bakal tercemar akibat kerja-kerja buruk manusia yang menyangkakan Tasik Beris bakal menjadi pusat pelancongan indah.

Maka berceritalah EXCO penerangan bahawa Sik adalah kawasan penanaman angggur. Datanglah ke Sik kerana Sik pusat pelancongan di Kedah.

Perggh, gherek geleng kepala. Jika Tasik Beris inipun kita masih belum guna sepenuhnya, apakan pula dengan Lapangan Terbang ketiga di Kulim.

Lapangan Terbang katanya perlu dibina untuk menyaingi atau menambahbaik apa yang ada di Pulau Pinang, maka apakah empangan beris juga dibina dengan tujuan yang sama? Atau hanya untuk tanaman anggur dan pembinaan chalet-chalet yang tidak tersusun sebagai pusat pelancongan?

Bayangkan dah ratusan juta dibelanjakan untuk empangan Beris tetapi sehingga hari ini hanya digunakan sebagai kawasan penanaman anggur dan pembinaan chalet tidak tersusun, sebaliknya air dilepas pada waktu air tinggi untuk mengalir ke laut. What a waste!
Apakah lapangan terbang ketiga bakal menerima nasib yang sama? Kita tidak tahu kerana kajian fesibiliti tidak pernah dibuat, malah ianya hanya diperkatakan saja tentang keperluannya.

Mungkin Empangan Beris telah dibuat kajian terperinci tetapi kenapa perlaksanaan agenda sebenar tidak dilaksanakan? Sebaliknya lapangan baru yang bernilai RM1.6 bilion pula hendak dibina?

Kenapa duit tersebut tidak digunakan untuk melaksanakan agenda sebenar Tasik Beris?
Gherek rasa mungkin bijakpandai negeri samada malas atau tidak faham agenda sebenar Tasik Beris. Sama seperti mereka tiada agenda untuk pembinaan Lapangan ke tiga di Kedah melainkan untuk katanya Lapangan Terbang Bayan Baru Pulau Pinang sudah tidak mampu menampung pertambahan kargo dan penumpang. Tapi adakah kajian secara terperinci telah dibuat?

Yang ada pun masih tidak dapat berbuat apa-apa, yang baru pulak diminta, malah minta macam anak kecil minta duit seringgit dari bapa. Katanya nak beli pensil kerana perlu sangat pensil untuk buat kerja sekolah, walhal bermacam jenis pensil ada dalam beg tetapi tak pernah pun anak menulis atau melukis menggunakannya. 

Nampaknya nombor 3 bakal menjadi nombor hantu kepada mereka kerana mereka hanya tahu berkehendakkan sesuatu tetapi tidak tahu kenapa ianya perlu ada dan agenda keperluannya.
read more...

Wednesday, 23 July 2014

Pemimpin jatuh angkara nasihat kaki ampu

Gherek di bulan puasa ini agak kurang agresif berkayuh. Dalam dok membaca terjumpa satu artikel yang menarik yang disiarkan dalam Berita Harian oleh Dr Asraf Wajdi. Walaupun dr Asraf ini kuat UMNO, tapi penulisan ini bagi gherek amat menarik. Perlu dibaca oleh pemimpin dan yang menggelar mereka pemimpin.

Teruskan membaca ...

Sudah menjadi tabiat manusia, kita lebih suka mendengar pujian dan kata-kata yang baik mengenai diri sendiri. Tidak mudah untuk telinga kita menerima kritikan, apatah lagi celaan, makian atau cercaan.

Begitu jugalah dengan pemimpin. Seorang yang diberi kuasa oleh Allah SWT sering dikelilingi manusia oportunis. Mereka selalu datang dengan pelbagai cerita enak untuk didengar pemimpin berserta kata pujian melangit sama ada untuk mendapatkan ganjaran atau takut dengan tindakan pemerintah. 

Namun, orang yang sama juga yang pertama akan meminggirkan diri, bahkan mula mengeji dan menghina apabila pemimpin yang diampu hilang pengaruh, apatah lagi jika sudah tidak bertakhta. 

Allah SWT bersabda: “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu menjadi penasihat (orang yang dipercayai). Mereka tidak akan henti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya,” (Ali-Imran:118)

Justeru, pemimpin harus sentiasa berwaspada dengan manusia pengampu di sekelilingnya kerana golongan inilah yang selalunya akan menarik diri apabila pemimpin sudah tiada kuasa. Dalam Islam, penasihat pimpinan, adalah golongan yang perlu sentiasa diperhatikan, bimbang tersalah pilih sehingga membawa rebah.

Dua sifat penasihat

Nabi Muhammad SAW turut menjelaskan ciri penasihat yang sering melingkari pemerintah seperti Baginda SAW: “Tidak dilantik seorang khalifah melainkan akan ada baginya dua bitanah (penasihat yang rapat). (Pertama) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kebaikan dan menggalakkannya. (Kedua) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kejahatan dan menggalakkannya. Hanya selamat ialah sesiapa yang selamatkan Allah. (Riwayat al-Bukhari 6/2438 dan al-Nasai 7/158). 

Ternyata amaran dan peringatan Allah dan Rasul-Nya cukup tepat menggambarkan fenomena jatuh bangun seorang pemimpin sejak berzaman.

Kalau disingkap kembali sejarah kebangkitan dan kejatuhan setiap zaman khalifah Islam, kita akan dapati bagaimana kekuatan dan kelemahan kepemimpinan Islam amat tergantung kepada siapa penasihat yang dipilih dan dilantik.

Apabila yang dilantik adalah mereka yang hanya tahu mengampu, membodek dan mengangkat ego pemimpin sehingga didiamkan kebenaran serta dizahirkan kepalsuan, pada waktu itu kita dapat menyaksikan bagaimana permulaan kejatuhan pemerintah. 

Saidina Ali Abi Talib pernah menggambarkan fenomena ini menerusi kata-kata hikmahnya: “Sesungguhnya binasa manusia terdahulu kerana mereka menghalang kebenaran sehingga ia terpaksa dibeli. Mereka pula membentangkan kezaliman sehingga ia terpaksa ditebus.” (Ibnu Muflih, Al-Adab Asy-Syari'yyah, 1/201)

Islam tetapkan ciri penasihat

Sebab itu pemimpin Islam mesti sentiasa memastikan penasihat di sekeliling mereka adalah kalangan orang yang jujur dan benar-benar memberikan berita berasaskan denyut nadi umat.

Penasihat yang jujur akan sentiasa mengkhabarkan hakikat yang benar walaupun pahit agar sampai ke telinga pemimpin. Penasihat yang jujur dan beriman seperti digambarkan dalam ayat 118 Surah Ali-Imran juga sentiasa memastikan pemimpin tunduk dan patuh kepada syariat Allah SWT kerana ia amat faham implikasi pertanggungjawaban di hadapan Allah SWT kelak.

Sedangkan penasihat yang berwatak pengampu hanya menjadi penglipur lara kepada pemimpin kerana apa yang disampaikannya hanyalah cerita indah penuh dongeng agar pemimpin mampu tidur nyenyak dibuai mimpi indah tanpa rasa takut atau gundah untuk bertemu Allah SWT.

Manusia pengampu seperti ini tidak memikirkan masa depan pemimpin, jauh sekali nasib rakyat yang dipimpin. Sebaliknya siang malam memikirkan bagaimana untuk terus mengisi tembolok dan kantung kekayaan yang tidak pernah puas.

Justeru, pemimpin perlu memastikan penasihat mereka ialah orang yang beriman dan bukan yang menyesatkan. Mudah-mudahan kita semua diberikan hidayah untuk memimpin umat ke arah kebaikan.


read more...

Monday, 21 July 2014

Siapa sebenar yang Bentang tentang Lapangan Terbang?

Selepas bercerita tentang Lapangan Terbang Baru di Kulim, Gherek kayuh lagi untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang isu ini.

Gherek diberitahu oleh sumber-sumber yang cadangan lapangan terbang ini sudah lama dicadangkan tetapi disebabkan oleh beberapa faktor tertentu, maka ianya didiamkan dulu.

Maka pada program Makmal Transformasi yang dilaksanakan pada tahun 2013 yang lalu, seorang pekerja KTPC telah bentangkan tentang keperluan lapangan terbang antarabangsa di Kulim tetapi lokasi yang dia cadangkan ialah di Sidam Kanan dan Kiri.

Pembukaan kata pembentang ini ialah beliau agak gementar dengan pertumbuhan Batu Kawan sebagai kawasan industri tinggi. Jadi dengan adanya Lebuhraya dan Lapangan Terbang, ini bakal mengukuhkan lagi kedudukan KHTP dimata pelabur dan dunia. Inilah alasan yang gherek rasa paling tidak konkrit yang diberikan oleh seorang penanggung tugas Presiden KTPC.

Gherek hairan, kenapa beliau sebagai ketua Pengurusan KTPC yang sepatutnya mengurus dan memasar KHTP kepada pelabur membentang cadangan lapangan terbang ini? Kenapa tidak dibentang oleh JKR atau DCA atau MAB atau MAS atau Firefly atau AirAsia?

Bila gherek korek dan kayuh lagi, gherek ditunjukkan dengan beberapa dokumen yang menunjukkan penanggug tugas ini lakukan yang menyalahi etika perniagaan. Malah dberitahu maklumat salahlaku disiarkan disini dan disini.

Bila mengetahui dan terbaca artikel dalam blog tersebut, terkejut juga gherek. Beliau dilantik menerajui KTPC sebuah taman teknologi tinggi bertaraf dunia. Walhal jika dilihat akan perbuatan beliau tersebut, sepatutnya beliau sudah lama bertaraf 'penganggur'.

Apa sudah jadi kepada MB Kedah ni?

Pertamanya, melantik seorang yang melakukan kesalahan berat yang gherek diberitahu yang Lembaga Pengarah KTPC telah menjatuhkan hukuman, menjadi ketua KTPC.

Keduanya, macamana MB Kedah dan exconya boleh menerima cadangan seorang yang bukan dalam bidangnya, malah melakukan sesuatu yang salah etika perniagaan di KTM, anak syarikat KTPC.

Ketiganya, ini menunjukkan bahawa ketidaktegasan dan kelemahan pemerintahan BN di bawah MB sekarang yang sangat-sangat bergantung kepada rekomen atau pengampu dalam mengisi jawatan dalam GLC serta cadangan projek.

Keempatnya, heboh di blog HeroTamil tentang seorang penipu dan kaki botol dilantik untuk berkhidmat di sebuah GLC.

Jika inilah taraf pemikiran MB Kedah, gherek rasa banyak kerosakan bakal berlaku di Kedah. Seorang yang pernah diturunkan pangkat kerana kesalahan etika kerja dan dilantik menerajui GLC KTPC dan seorang lagi kaki botol, kata hero tamil, dilantik bekerja dalam GLC Kedah.
Pinjam Logo Sat noooooo

Gherek bakal rasakan yang manakala Boss Kedah berselfie dengan orang ramai, lantikan-lantikan ini bakal meranapkan GLC Kedah.

Yang teruknya seluruh komitee Makmal Transformasi terpesona dengan pembentangan seorang yang didapati bersalah oleh lembaga pengarah KTPC, sebaliknya lupa yang banyak perkara lain yang mereka perlu selesaikan dengan kadar segera.

Gherek akan kayuh lagi.....
read more...

Thursday, 17 July 2014

3 Buah Lapangan Terbang untuk memajukan sebuah Negeri?

Gherek dah beberapa hari tak kayuh. Maklumlah dah tua.

Apa yang nak gherek katakan hari ini ialah tentang komen YB Dato Ir Amirudin, ADUN Anak Bukit tentang kegagalan Kerajaan Kedah sekarang dalam menguruskan aliran tunai milik negeri. Malah katanya Kedah sudah tiada aliran wang.

Sebab itu ADUN Anak Bukit ini memberitahu yang kerajaan sekarang semuanya mengharapkan Persekutuan membiayai sepenuhnya apa saja yang dirancang oleh mereka.

Gherek senang saja. Jika kita tidak MAMPU untuk projek besar, lakukan projek-projek kecil tapi berimpak tinggi kepada rakyat dan kerajaan Negeri. Rancang setakat kemampuan negeri dahulu. 

Bila Kerajaan Negeri sudah hebah seluruh dunia untuk melaksanakan sebuah projek mega berbilion ringgit nilainya tanpa terlebih dahulu membuat kajian terperinci, maka ramai akan kata itu semua angan-angan mereka-mereka untuk menjadi kaya.

Terbaik ialah tentang LTAB yang baru yang dicanang akan dibina di Kulim yang bakal menelan berbilion ringgit duit pembayar cukai. Apakah sudah dilakukan kajian feasibiliti tentang 'demand' kargo atau penumpang dari sekitar kawasan yang menjadi sasaran LTAB tersebut? Apakah bakal terjadi kepada Lapangan Terbang Kepala Batas, Alor Setar yang kata mereka tidak lagi boleh di kembangkan.

Sebaliknya mereka menjustifikasikan kehendak mereka dengan mengatakan yang ianya bakal melengkapkan fasiliti KHTP yang bertaraf dunia. Malah ada yang mengatakan yang orang Penang dan Selatan Kedah akan semuanya menggunakan Lapangan Terbang tersebut. Berapa peratus kah yang dianggarkan akan menggunakan lapangan baru tersebut? Berapa peratuskah aliran kargo udara akan datang ke lapangan terbang baru ini?

Tiada fakta dan data yang boleh mengukuhkan dakwaan keperluan sebuah lapangan terbang di Kulim. Sebaliknya hanya ayat-ayat umum saja diberi seperti "LTAB Penang sudah tidak boleh dikembangkan", "LTAB Penang tidak mampu urus kargo", "LTAB Penang sudag tidak mampu tampung permintaan flight", " KHTP perlu sebuah LTAB untuk melengkapkan status Taman Teknologi bertaraf Antarabangsa", dan pelbagai alasan umum lagi.

Inilah yang melucukan Gherek, sebuah negeri yang jatuh dalam kumpulan negeri miskin memerlukan 3 lapangan terbang untuk maju. Tapi dalam masa yang sama gagal menguruskan aliran tunai kerajaan seperti yang didakwa oleh ADUN Anak Bukit itu.

Gherek ghasa yang kerajaan negeri patut tunaikan apa yang dijanjikan dalam PRU13 lalu dari dok merapu dengan idea-idea yang sudah keluar dari landasan sebenar. 

Kita nak tengok hebat mana BN memerintah Kedah seperti yang diwar-warkan semasa lantikan exco dan MB. 

Jangan hanya cakap berdegar-degar tapi ekor begelumang tahi sudah la.
read more...

Sunday, 13 July 2014

Padi Jantan Semakin Popular


Minggu ini gherek diam sekejap berehat dari mengayuh, melihat dan menulis. 


Tetapi nampaknya gherek tidak boleh lari dari melihat apa yang sedang heboh sekarang iaitu tentang Padi Jantan yang dikatakan mengeluarkan kata-kata ugutan dalam FB beliau. Gherek tak berani nak kata betul atau tidak itu adalah Padi Jantan yang sebenar, hanya Allah yang tahu.


Yang menariknya, puak-puak bodek dalam UMNO dan kerajaan Kedah sekarang menjadikan inilah peluang untuk menonjolkan diri mereka. Inilah masa untuk mereka bodek habis-habisan supaya mereka disukai oleh MB Kedah. 

Maka berduyun-duyun bergerak ke balai polis untuk membuat laporan Polis tentang apa yang mereka katakan ugutan tersebut. Ada yang tidak pernah sentuh komputer atau smartphone pun, apalagi akaun facebook, juga menempek muka utk cari perhatian.


Dan kini MB Kedah diayun keseronokan diawang-awangan. Ramai benar prihatin kepada beliau. Walhal, itulah perangai pemimpin-pemimpin UMNO yang sentiasa mencari peluang untuk mengipas boss mereka.


Gherek diberitahu yang Padi Jantan ini adalah bekas trooper dan blogger UMNO. Malah beliau juga diberitahu bersama-sama berjuang untuk Surah Salihiyah dulu. 

Bila PRU13, Kedah diambilalih oleh BN, beliau dibiarkan tanpa bantuan mana-mana pihak. Begitulah blogger atau trooper dalam UMNO. Mereka akan cari pelbagai jalan untuk menarik perhatian orang politik. Matlamat utama ' RM didahulukan'.

Gherek pun terdengar yang UMNO memang macam tu. Bila air naik paras hidung, barulah mereka mencari orang yang boleh bantu mereka.

Walaubagaimanapun, kita lihat lakonan seterusnya.

read more...

Monday, 7 July 2014

Apabila Pembesar Kejar Kekayaan

Hari ini Gherek keluar sikit dari fokus tentang lapangan terbang. Seorang pelawat mohon disiarkan apa yang dikatakannya sebagai tindakan membolot semua projek JKR oleh seorang yang berjawatan besar dalam kerajaan negeri Kedah. Gerakan mengumpul tandatangan bukanlah signifikan sangat tetapi tindakan pembesar ini membolot semua projek kepada dia dan kroninya amat tidak BERETIKA sekali. Itulah fokus artikel yang diberikan ini.

Rahsia bukan rahsia lagi apabila setiap kedai nasi kandar dalam daerah di Negeri Kedah sudah kedengaran suara-suara bahawa sedang ada satu gerakan mengumpul tandatangan tanda protes di kalangan usahawan kontraktor kelas marhaen G1 dan G2 terhadap seorang ahli exco Kerajaan Negeri Kedah.

Tindakan protes ini terhadap exco ini kerana beliau dikatakan telah meraup @ pondoi kesemua pojek-projek kecil hak kontraktor G1 dan G2 dan mengumpulkan menjadikan satu projek besar yang bernilai jutaan ringgit dan projek itu sebaliknya telah dianugerahkan kepada sebuah kontraktor besar kepunyaan exco tersebut. 

Pemerhati difahamkan kontraktor-kontraktor kecil dari setiap daerah seluruh negeri Kedah akan berarak berjumpa MB Kedah membawa surat petisyen sebagai tanda protes terhadap tindakan tamak exco tersebut dalam sedikit masa ini. Tindakan ini bakal membawa mesej bahawa ada exco yang sedang membolot dengan tamaknya semua projek-projek kecil di Kedah demi kantung sendiri. 

Kita tunggu dan lihat apa akan terjadi selepas ini. Salinan memo yang bakal dibawa telah gherek lihat secara seimbas lalu. Ianya banyak memceritakan tentang kerja-kerja mengumpulkan semua projek-projek kecil JKR yang kemudiannya diserahkan kepada satu syarikat besar untuk menguruskannya. Seterusnya, sesiapa yang berkaitan dengan beliau atau lebih senangnya disebut kroni diberi kerja-kerja tersebut.

Syarikat besar bakal mendapat keuntungan besar bukan atas kepakaran atau kekuatan/kewibawaannya membida atau menghasilkan projek-projek, sebaliknya menyapu projek kecil kerajaan di atas air mata kontraktor-kontraktor kecil.

Mereka mempunyai alasan yang kukuh untuk bangun protes atas alasan periuk nasi mereka dan keluarga mereka telah disamun secara terang-terangan oleh kroni exco ini. 
MB Kedah perlu membuat keputusan yang bijak samada mahu menjaga seorang penyamun atau menjaga ribuan periuk nasi kontraktor marhaen yang memerlukan kesinambungan projek untu terus. 

Walaupun kumpulan kontraktor G1 dan G2 ini memang hebat-hebat yang kebanyakkannya bumiputera, tetapi menutup lubang pekerjaan mereka dengan membolot semua projek kepada diri syarikat sendiri adalah amat tidak beretika. Kuasa yang diberi rakyat bukan untuk mencari kekayaan sendiri.

Jika desas desus ini benar, gherek rasa pemimpin sebegini patut disingkirkan. No mercy!
read more...

Sunday, 6 July 2014

War-war Dahulu, kaji Fesibiliti Kemudian

Heboh dan hebah seluruh media sosial, maya dan cetak tentang keinginan Kedah memliki Lapangan Terbang ke tiga berhampiran dengan Pulau Pinang.

Maka berdebatlah MB Kedah dengan Pulau Pinang tentang betapa keperluan tersebut perlu disediakan di Kedah. Hanya MB Kedah saja yang nampaknya ghairah memperjuangkan Lapangan tersebut. Kemana pergi hero-heronya yang sentiasa berfikir cara baru untuk membuat duit kepada diri mereka sendiri. Tiada seorangpun yang berkokok tentang Lapangan terbang. 

Yang berkokok pun hanyalah Exco ICT, Teknologi Tinggi dan BioTek. Apa kaitan exco ini dengan Lapangan Terbang?

Mungkin kerana lapangan terbang itu dicadangkan di kawasan beliau.

Mungkin cadangan itu datang dari beliau dan konco-konconya yang sentiasa mencari peluang untuk buat duit sementara masih ada kuasa.

Mungkin KHTP memerlukan sebuah lapangan terbang untuk menarik pelabur ke sana. Dan dengan adanya lapangan terbang bakal melengkapkan KHTP sebagai hub pelaburan Teknologi Tinggi.

Gherek rasa, kalau KHTP memerlukan sebuah lapangan terbang sebagai pelengkap kepada sebuah kawasan industri terknologi tinggi, ia adalah satu alasan yang amat bodoh. Takkan nak bina lapangan terbang kerana nak menjadikan pelengkap kepada kecanggihan KHTP.

Ini menonjolkan KEBODOHAN peneraju KTPC yang mengurus KHTP.

Jika pun alasan bahawa LTAB Bayan Baru sudah tidak boleh menampung banyak penumpang, ianya masih belum menjadi satu alasan yang kukuh kerana LTAB Bayan Bharu mampu menerima penumpang dari luar negara. 

Jika pesawat kargo amat sukar mendarat atau berlepas dari LTAB Bayan Bharu, apakah sudah dibuat kajian terperinci samada terlalu banyak permintaan untuk kargo atau tiada permintaan langsung?

Ini menjadi persoalan kepada Gherek. Banyak alasan-alasan yang diberikan tanpa ada konkrit data untuk menguatkan alasan tersebut.

Malah, jika dilihat jambatan kedua Pulau Pinang, ianya macam menjadi Gajah putih. Tiada trafik yang hebat melalui jambatan tersebut. Kemungkinan LTA baru Kulim menerima nasib yang sama akan berlaku.

Gherek rasakan yang suara-suara sumbang untuk membina LTA baru di Kulim ini adalah mereka yang ada kepentingan diri. Bukan untuk memajukan negeri Kedah sangat. Jika mereka bijak dan pandai, gunakan kemudahan yang sedia ada di KHTP untuk menarik ramai pekerja-pekerja yang menetap di Pulau Pinang untuk datang menetap di KHTP. Atau kembangkan kawasan KHTP kepada industri biotek atau sebagainya. Bukan dengan membina LTA.
Kini timbul suara-suara agar kajian fesibiliti dibuat oleh kerajaan persekutuan. Kenapa tidak dibuat dahulu sebelum diwar-warkan?

Banyak hanky-panky gherek rasakan dalam kes ini. Dari belanja bilion ringgit untuk bina lapangan terbang, lebih baik jadikan kawasan sekitar lebuhraya Baling ke Durian burung kawasan pelancongan alam sekitar. Ramai juga penduduk kawasan Sik, Baling dan Padang terap dapat menikmati limpahan ekonomi. 

Dahla mereka ketinggalan, kita mereka terus diketepikan dek kerana kehendak beberapa individu yang kita tidak tahu apa sebenarnya kepentingan mereka.

Pesan Gherek, jangan ghairah cakap tentang sesuatu jika tiada kajian terperinci dilakukan. Nanti malu diri sendiri.
read more...

Tuesday, 1 July 2014

Hantu Raya Dalam Negeri

Dikatakan semua syaitan dirantai oleh Allah SWT dalam bulan Ramadhan. Yang wujud hanya syaitan yang berkepala hitam yang masih melakukan perkara-perkara yang disukai syaitan.

Tapi Gherek nak cerita juga tentan satu spesis syaitan yang dipanggil hantu raya. Kerana ingin mengingati tentang Hantu Raya yang kadang-kadang menjelma menjadi manusia dan bersama kita dimana-mana saja.

Tak ketinggalan dalam kerajaan Negeri yang Memerintah Kedah. Selamat membaca.

Sejak zaman dahulu, orang melayu cukup sinonim dengan hantu raya. Malah hantu rayalah antara hantu yang paling banyak dipelihara berbanding hantu lain. Tak tahu mengapa. Mungkin sebab nama hujungnya raya tu pasal mereka suka. Maklumlah orang melayu ni kalau beraya memang tak cukup sebulan.

Ada beberapa cara untuk mendapatkan hantu raya. Pertama dengan memujanya menggunakan telur ayam mentah disertai jampi serapah. Yang kedua melalui guru/orang tengah. Yang ketiga melalui saka.
Biasanya tujuan orang memelihara hantu raya adalah untuk menolongnya membuat kerja kerja berat. maklumlah orang dahulu bekerja sawah, membuka kebun dikawasan hutan. Dengan pertolongan hantu raya, segala kerjanya akan menjadi mudah.

Selalunya orang lain melihat pemelihara hantu raya tidak bekerja tetapi semua kerja kerja diladang/sawah sudah siap. Kadang kadang ada orang melihat tuan kebun ada dikebun, tetapi sebenarnya dia berada ditempat lain.

Untuk membezakan hantu raya dan tuannya, cukup sekadar menegurnya. Sekiranya dia adalah tuannya, sudah tentu dia akan menjawap dan berbual bual dengan kita. Jika dia hanya mendiamkan diri, itu bermakna dialah hantu raya.

Menjadi kelaziman bagi pemelihara hantu, tuan hantu raya tidak akan mencampuri urusan masyarakat. Selalunya hidup menyendiri dan tidak mempedulikan hal hal orang lain.

Antara tanda tanda orang memelihara hantu raya,

1) Dia amat cemburu sekiranya mempunyai isteri.

2) Kuat makan tetapi tidak akan menghabiskan makanannya. Selalunya akan meninggalkan kira kira sesuap nasi didalam pinggan.

3) Jarang keluar bekerja tetapi semua kerjanya siap.

4) Suka berjalan ditengah malam *biasanya hantu raya yang menyerupai tuannya*

Hantu raya diberi makan darah sama ada darah sendiri ataupun haiwan. Disertakan dengan telur ayam mentah. Biasanya diberi makan sebulan sekali. Hantu raya amat jarang digunakan untuk merasuk orang lain melainkan ianya tidak dijaga oleh tuannya.

Hantu raya akan mendatangi isteri tuannya sekiranya tuannya tiada dirumah. Selalunya perkara ini berlaku apabila tuannya akan pergi ke suatu tempat untuk tempoh masa tertentu.

Sudah menjadi kebiasaan, mana mana pemilik hantu pasti akan merasai azab ketika mahu mati. Biasanya pemilik hantu raya akan terlantar berbulan bulan sehingga tubuh menjadi kurus. Walaupun begitu, nafsu makannya tetap kuat sehingga menurut cerita orang tua tua, pemilik hantu raya boleh menghabiskan 3 pinggan nasi sedangkan dirinya terlantar sakit.

Sekiranya hantu raya tidak dibuang, maka ianya akan menjadi saka dan akan diwarisi oleh anak lelakinya. Selagi tiada siapa yang mahu menerima hantu rayanya, selagi itulah tuannya akan susah mati.

Antara cara yang popular digunakan untuk mengeluarkan hantu raya dari tubuh tuannya adalah dengan membuka atap sekeping dan sebatang anak tangga rumahnya. Selain itu ada pelbagai cara lain lain mengikut kepandaian bomoh.

Ada juga pemilik hantu raya membuang hantunya menggunakan tipu helah. Antara cara yang sering digunakan adalah menggunakan jagung rebus. Jagung berkenaan direbus sehingga masak. Lalu jagung itu ditanam dikawasan yang jauh dari orang ramai seperti hutan. Tuannya akan arahkan hantu raya berkenaan menjaga sehingga tumbuh pokok jagung berkenaan. Sekiranya sudah tumbuh maka bolehlah hantu itu pulang semula kepadanya.
Sudah pastilah jagung yang sudah direbus mana boleh tumbuh semula. Begitulah hantu itu ditinggal dihutan berkenaan. Tapi akupun tak pasti sama ada cara ini berkesan atau tidak. Takkanlah hantu syaitan boleh ditipu macam tu sajakan.

Secara jujur, zaman memelihara atau bersahabat dengan hantu raya sudahpun tamat. Tiada gunanya kita berkawan dengan syaitan kerana ianya langsung tidak memberi apa apa kebaikan malah mendatangkan mudarat kerana ianya sudah jatuh hukum kepada syirik.

Persahabatan seperti ini adalah seburuk-buruk persahabatan seperti yang tersebut dalam al-Qur'an ( Sebahagian dari Surah An-Nisaa - Surah 4 : Ayat 38 )
read more...

Monday, 30 June 2014

Memacu Transformasi tapi ICT tak dipeduli

Gherek Bughok terpesona dengan tagline 'Kedah Aman Makmur, Bersama Memacu Transformasi'.  Yang Gherek Bughok faham ialah Kedah Aman dan Makmur, rakyat hidup dengan selesa, bebas mencari rezeki dan menikmati banyak kemudahan yang disediakan oleh kerajaan yang memerintah.

Gherek Bughok kayuh saja masuk kampung-kampung, nak akses internet jadi susah. Macam kura-kura.


Heboh dalam TV dok iklan tentang 3G, 4G dan pelbagai teknologi untuk capaian internet yang laju.

Apa yang Gherek Bughok dapat hanyalah E. Ingatkan E tu untuk express, rupanya E tu untuk bagi pengguna syok saja yang dia ada akses internet. Tunggu sampai bateri HP habus baru gaya nak tunjuk page.

Itulah yang berlaku dikawasan-kawasan luarbandar di Kedah. Exco ICT katanya orang muda tetapi dengarnya hanya dok sibuk tentang KHTP, Airport Kulim dan Kedah Medical City saja. Apa dah jadi dengan ICT?

Pelajar-pelajar lepasan universiti di kampung-kampung terpaksa berulang-alik ke pekan terdekat yang ada talian internet untuk cari kerja online. Malah mereka amat ketinggalan.

Gherek Bughok nak tanya kepada exco ICT, apa perancangan YB untuk rakyat luarbandar untuk akses internet dengan lebih laju? Takkan nak biarkan mereka pakai 9.6 kbps atau 384 Kbps sahaja? Tak dak ke perancangan untuk kemudahan mereka diluarbandar ini?

Atau YB dah lupa tugasan YB tentang ICT kerana sibuk dengan projek berbilion ringgit yang sedang YB war-warkan.

Gherek Bughok cuma nak ingatkan supaya bekerjalah untuk rakyat, bukan bekerja untuk poket sendiri.
read more...

Thursday, 26 June 2014

Airport vs Medical Science City

Selepas Airpot bertaraf antarabangsa yang bernilai RM1.6 Bilion, kita Medical Science City yang katanya sudah ada pelabur yang berjumlah RM2.8 Bilion diwar-warkan oleh MB Kedah.

Gherek hanya nak tanya, kenapa hanya Kulim Bandar Bharu saja yang dapat berbilion-bilion pelaburan? Kenapa tidak baling, sik atau Jerlun?

Apakah kerana EXCO MOU datang dari Kulim Bandar Bharu? 

Airport katanya untuk memperlengkapkan KHTP yang sudah canggih, apakah Medical Science City juga bakal melengkapkan KHTP yang Presidennya sedang ketakutan untuk melawan kawasan Perindustrian Tinggi Batu Kawan?

Presiden dan Exco jenis apakah ini? Disebabkan ada saingan, maka kerajaan perlu belanja bilion ringgit untuk memenuhi kehendak Exco dan Presiden. 

Bukankah mereka dilantik untuk memberi idea baru untuk menarik pelaburan asing ke kawasan mereka?  Apakah dengan adanya airport dan Medical Science City, KHTP bakal menerima bilion pelaburan? 

Nampak sangat tidak ada kreativiti dan innovasi yang ditonjolkan oleh exco Hi tech dan Presiden KTPC ini.

Gherek agak skeptikal apa sebenarnya tujuan mereka mencadangkan Airport dan Medical Science City ini.

MB dah lupa ka yang bandar metropolis dan rubber City tak nampak apa lagi pun. Dah timbul airport dan Medical Science City pulak.

Dan apa dah jadi dengan City of the Future? Dah tiada future lagi ka?
read more...

Thursday, 19 June 2014

Lapangan Terbang Antarabangsa di Kedah


Gherek Bughok dah sampai ke kawasan Kulim.

Rancak diperkatakan tentang pembinaan sebuah lapangan Terbang Antarabangsa untuk penumpang dan kargo/logistik.

Pada peringatan Gherek, cerita tentang Airport di Kedah ini sudah lama timbul. Cuma kajian terperinci pada masa dulu menyatakan yang ianya masih belum tiba waktunya untuk ada kerana Kedah perlu fokus kepada isu-isu lain yang perlu segera diambil-tindakan.

Dan jika ditanya kepada pegawai-pegawai kerajaan yang sudah pencen, mereka juga mengatakan yang Kedah ada keutamaan lain yang perlu diberi perhatian serius.

Kenyataan Exco Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi yang lapangan terbang ini bakal melengkapkan pembangunan menyeluruh KHTP, menarik perhatian. Apakah sebuah kawasan industri berteknologi tinggi memerlukan sebuah lapangan terbang dan barulah ia menjadi sebagai taman teknologi lengkap? 

Pada pendapat Gherek, KHTP yang ada hari ini bukanlah kerana wujudnya sebuah Airport antarabangsa. Malah Intel, Fuji, Infineon dan lain-lain datang melabur di KHTP sewaktu tidak wujudpun lebuhraya BKE. Mereka datang atas kebijaksanaan ketua KTPC dan pemimpin negeri pada waktu itu. 

Bagi mereka ada keperluan lain yang perlu diberi perhatian segera. Contohnya bekalan air, sekolah antarabangsa, bandar Kulim sendiri dan suasana disekitar KHTP yang perlu diperbaiki supaya mereka boleh menetap di KHTP.

Malah apabila lebuhraya BKE wujudpun mereka masih berulangalik dari Kulim ke Penang. Apakah dengan adanya Airport, mereka akan menetap di Kulim Hi Tech?

Lapangan Terbang Kuantan, Ipoh dan Batu Berendam sehingga kini gagal menarik operator kapalterbang untuk mendarat. Inikan pula sebuah lapangan yang berada bersebelahan dengan sebuah lapangan terbang antarabangsa yang sudah terkenal.

Atau apakah YB dan Kedah akan berbangga kerana mempunyai lapangan Terbangyang terbanyak di Malaysia?

Bagi Gherek, keutamaan lain perlu diambil perhatian terutama yang diletakkan dalam manifesto pilhanraya PRU13 lalu. Jangan asyik melaksanakant projek mega baru tetapi akhirnya segelintir kecil manusia yang untung besar, tetapi rakyat juga yang rugi.

Katakan tiba-tiba dengan kuasa Allah Taala, Pulau Pinang ditawan BN pada PRU14 kelak dan UMNO menjadi pemain utama dalam kerajaan Negeri Pulau Pinang, apakah akan timbul konflik besar berkaitan dengan lapangan terbang antarabangsa ini ?

Jika benar, Bayan Lepas tidak mampu menampung sebagai pusat kargo, sudah dibuat kajian kah tentang berapa kapal kargo berlepas setiap bulan sehingga koridor utara memerlukan sebuah lapangan kargo baru? 

Apakah projek 'double track' yang bakal memberi laluan lebih kepada kargo juga diambil kira?

Terus-terang Gherek Bughok ingin nyatakan disini yang Kerajaan negeri perlu fokus kepada penambahbaikan kepada projek-projek yang sedia ada. Contoh, semua kawasan-kawasan industri (kecuali KHTP yang mendapat geran dari Pusat) di Kedah perlu diurus dan dijaga dengan baik. Lihat kawasan industri Gurun yang tenantnya terpaksa buat kutipan untuk uruskan kawasan sekitar. Miel dan Ria sungai Petani sudah malap. Bukit Kayu Hitam yang ada industri logistik dan aerospace tidak terjaga.

Kedah sudah ada 2 lapangan terbang, tambahbaik kedua-dua lapangan terbang ini. Lapangan terbang baru mungkin diperlukan bila Kedah dah mencapai taraf negeri maju satu masa nanti. Itupun jika Perak utara tidak berminat untuk ada lapangan terbang sendiri.

Duit yang berbilion ini mungkin boleh diguakan untuk membangunkan Sik, Baling, Padang Terap dan Yan yang sangat ketinggalan. Malah duit yang banyak ini boleh digunakan untuk memperbaiki jeti Kuala Kedah yang kalau kita tengok pun amat sedih. Malah, duit yang banyak ini boleh perbaiki Lapangan terbang Kepala batas supaya lebih baik dan menjadi antarabangsa jika dilakukan dengan baik dan ini dapat memajukan Jitra dan Alor Setar Bandar Metropolis.

Gherek nampak, projek mega bakal menguntungkan Pulau Pinang seperti mana KHTP juga memberi keuntungan kepada Pulau Pinang jika kita lihat dari segi kependudukan. 

Jadi Gherek berharap janganlah terlalu ghairan dengan projek-projek mega ini, kerana rakyat Kedah memerlukan penambahbaikan keperluan-keperluan asas yang kalau orang-orang besar Kedah jalan dan lihat sekitar masih banyak kekurangannya.

Berpada-padalah dengan apa yang kita ada dan jagalah dengan baik sebelum terjerumus ke lembah yang bakal merosakkan Kedah suatu hari Kelak. Jangan terlalu ghairah dengan projek Mega sehingga lupa keperluan asas orang Kedah. Penuhilah manifesto PRU13 yang banyak lagi belum dipenhui sepenuhnya. 

Jangan jadikan waktu memerintah sebagai masa untuk mengaut kekayaan. 

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Jadi tinggalkan nama yang baik dihati rakyat.  

ALOR SETAR – Cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa baru di Kulim bukan suatu pembaziran, sebaliknya keperluan untuk memberi perkhidmatan logistik kepada Wilayah Utara.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi, YB. Norsabrina Mohd Nor berkata, perkara itu juga bukan dibuat secara terburu-buru malah kajian dan perincian projek sudah dibincangkan dalam Makmal Transformasi Kedah (MTK) pada September 2013.

“Cadangan membina lapangan terbang ini adalah hasil daripada MTK dan sudah dibuat kajian, justifikasi dan rasional sebuah lapangan terbang baru wajar dibina di Selatan Kedah. Antara tujuannya untuk melengkapkan pembangunan secara menyeluruh di Kulim Hi-Teck Park (KHTP) selaras dengan Pelan Transformasi KHTP,” katanya.

Menurutnya, antara aspek yang perlu dibuat penambahbaikan untuk menjayakan pelan itu adalah keperluan membina lapangan terbang antarabangsa.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu turut menempelak kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menyifatkan cadangan itu sebagai pembaziran dan tidak berkepentingan rakyat.

“Ini bukan projek yang membazir. Ini keperluan masa depan untuk Wilayah Utara dalam menyediakan perkhidmatan lengkap kepada pelabur dan pemain industri. Malah saya percaya ia juga penting untuk pembangunan Koridor Utara dalam merancakkan lagi pembangunan industri,” ujarnya.

Tambahnya, kemungkinan Guan Eng dibayangi rasa resah sekiranya lapangan terbang baru itu menjadi kenyataan, kelak aliran trafik di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas terjejas atau pelabur luar beralih ke Kedah, berikutan kemudahan yang disediakan lebih baik.

Katanya, fungsi lapangan terbang itu juga kelak lebih menyeluruh dan mempunyai landskap berbeza dengan lapangan terbang berdekatan, antaranya mempunyai dua landasan bagi kegunaan kargo dan penumpang.

“Ia juga bakal dilengkapi perkhidmatan khusus untuk bidang industri yang mana Kedah kawasan industri bertumpu di Sungai Petani dan Kulim. Faktor jarak dari lapangan terbang sedia ada menyebabkan perkhidmatan tidak dapat ditawarkan dengan baik,” katanya.

Merujuk kepada anggaran keluasan mencecah 6,000 hektar, beliau berkata, perkara itu diputuskan setelah butiran terperinci dibincangkan bersama agensi berkaitan termasuk Malaysia Airport Berhad (MAB) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

“Sememangnya kita ada wakil MAB dan DCA dalam Jawatankuasa Infrastruktur dan Kerja Raya bawah MTK yang membincangkan terperinci projek ini. Kita juga dapatkan input berkaitan daripada mereka sebelum perkara itu diputuskan dalam mesyuarat,” katanya.

Ujarnya, perbincangan berkaitan projek itu dibuat dari semasa ke semasa, malah jawatankuasa akan kemukakan kertas kerja dan kajian terperinci baru selepas perkara itu diteliti Perdana Menteri, YAB. Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

“Buat masa ini, perancangan awal dalam penelitian Perdana Menteri, butiran terperinci akan dikemukakan lagi apabila kita melalui fasa-fasa perbincangan kerana ia masih di peringkat awal cadangan,” katanya.
read more...