Sunday 13 July 2014

Padi Jantan Semakin Popular


Minggu ini gherek diam sekejap berehat dari mengayuh, melihat dan menulis. 


Tetapi nampaknya gherek tidak boleh lari dari melihat apa yang sedang heboh sekarang iaitu tentang Padi Jantan yang dikatakan mengeluarkan kata-kata ugutan dalam FB beliau. Gherek tak berani nak kata betul atau tidak itu adalah Padi Jantan yang sebenar, hanya Allah yang tahu.


Yang menariknya, puak-puak bodek dalam UMNO dan kerajaan Kedah sekarang menjadikan inilah peluang untuk menonjolkan diri mereka. Inilah masa untuk mereka bodek habis-habisan supaya mereka disukai oleh MB Kedah. 

Maka berduyun-duyun bergerak ke balai polis untuk membuat laporan Polis tentang apa yang mereka katakan ugutan tersebut. Ada yang tidak pernah sentuh komputer atau smartphone pun, apalagi akaun facebook, juga menempek muka utk cari perhatian.


Dan kini MB Kedah diayun keseronokan diawang-awangan. Ramai benar prihatin kepada beliau. Walhal, itulah perangai pemimpin-pemimpin UMNO yang sentiasa mencari peluang untuk mengipas boss mereka.


Gherek diberitahu yang Padi Jantan ini adalah bekas trooper dan blogger UMNO. Malah beliau juga diberitahu bersama-sama berjuang untuk Surah Salihiyah dulu. 

Bila PRU13, Kedah diambilalih oleh BN, beliau dibiarkan tanpa bantuan mana-mana pihak. Begitulah blogger atau trooper dalam UMNO. Mereka akan cari pelbagai jalan untuk menarik perhatian orang politik. Matlamat utama ' RM didahulukan'.

Gherek pun terdengar yang UMNO memang macam tu. Bila air naik paras hidung, barulah mereka mencari orang yang boleh bantu mereka.

Walaubagaimanapun, kita lihat lakonan seterusnya.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Padi Jantan Semakin Popular"

Post a Comment