Sunday 6 July 2014

War-war Dahulu, kaji Fesibiliti Kemudian

Heboh dan hebah seluruh media sosial, maya dan cetak tentang keinginan Kedah memliki Lapangan Terbang ke tiga berhampiran dengan Pulau Pinang.

Maka berdebatlah MB Kedah dengan Pulau Pinang tentang betapa keperluan tersebut perlu disediakan di Kedah. Hanya MB Kedah saja yang nampaknya ghairah memperjuangkan Lapangan tersebut. Kemana pergi hero-heronya yang sentiasa berfikir cara baru untuk membuat duit kepada diri mereka sendiri. Tiada seorangpun yang berkokok tentang Lapangan terbang. 

Yang berkokok pun hanyalah Exco ICT, Teknologi Tinggi dan BioTek. Apa kaitan exco ini dengan Lapangan Terbang?

Mungkin kerana lapangan terbang itu dicadangkan di kawasan beliau.

Mungkin cadangan itu datang dari beliau dan konco-konconya yang sentiasa mencari peluang untuk buat duit sementara masih ada kuasa.

Mungkin KHTP memerlukan sebuah lapangan terbang untuk menarik pelabur ke sana. Dan dengan adanya lapangan terbang bakal melengkapkan KHTP sebagai hub pelaburan Teknologi Tinggi.

Gherek rasa, kalau KHTP memerlukan sebuah lapangan terbang sebagai pelengkap kepada sebuah kawasan industri terknologi tinggi, ia adalah satu alasan yang amat bodoh. Takkan nak bina lapangan terbang kerana nak menjadikan pelengkap kepada kecanggihan KHTP.

Ini menonjolkan KEBODOHAN peneraju KTPC yang mengurus KHTP.

Jika pun alasan bahawa LTAB Bayan Baru sudah tidak boleh menampung banyak penumpang, ianya masih belum menjadi satu alasan yang kukuh kerana LTAB Bayan Bharu mampu menerima penumpang dari luar negara. 

Jika pesawat kargo amat sukar mendarat atau berlepas dari LTAB Bayan Bharu, apakah sudah dibuat kajian terperinci samada terlalu banyak permintaan untuk kargo atau tiada permintaan langsung?

Ini menjadi persoalan kepada Gherek. Banyak alasan-alasan yang diberikan tanpa ada konkrit data untuk menguatkan alasan tersebut.

Malah, jika dilihat jambatan kedua Pulau Pinang, ianya macam menjadi Gajah putih. Tiada trafik yang hebat melalui jambatan tersebut. Kemungkinan LTA baru Kulim menerima nasib yang sama akan berlaku.

Gherek rasakan yang suara-suara sumbang untuk membina LTA baru di Kulim ini adalah mereka yang ada kepentingan diri. Bukan untuk memajukan negeri Kedah sangat. Jika mereka bijak dan pandai, gunakan kemudahan yang sedia ada di KHTP untuk menarik ramai pekerja-pekerja yang menetap di Pulau Pinang untuk datang menetap di KHTP. Atau kembangkan kawasan KHTP kepada industri biotek atau sebagainya. Bukan dengan membina LTA.
Kini timbul suara-suara agar kajian fesibiliti dibuat oleh kerajaan persekutuan. Kenapa tidak dibuat dahulu sebelum diwar-warkan?

Banyak hanky-panky gherek rasakan dalam kes ini. Dari belanja bilion ringgit untuk bina lapangan terbang, lebih baik jadikan kawasan sekitar lebuhraya Baling ke Durian burung kawasan pelancongan alam sekitar. Ramai juga penduduk kawasan Sik, Baling dan Padang terap dapat menikmati limpahan ekonomi. 

Dahla mereka ketinggalan, kita mereka terus diketepikan dek kerana kehendak beberapa individu yang kita tidak tahu apa sebenarnya kepentingan mereka.

Pesan Gherek, jangan ghairah cakap tentang sesuatu jika tiada kajian terperinci dilakukan. Nanti malu diri sendiri.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "War-war Dahulu, kaji Fesibiliti Kemudian"

Post a Comment